Monday, 17 February 2014

Bagan Lalang bersama Caring

Bismillah.. dengan nama allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Bagan Lalang.. Trip ke bagan lalang kalo dr KL ambil masa 2 jam kalo x jam. KL terkenal dgn jam,, so korg kena la bertolak awal ye.. Lebih kurang 110 KM je.. Dari Bahau dalam 2 jam jugak la..


Introduction:

Actually plan bagan lalang ni tercetus bila retreat x jadi dekat Pantai Morib. Atas keinginan yg amat sgt nak pegi pantai so zul pun plan la trip pi sana. Mula2 pergi cari Chalet Desa Bagan. Zul nie mmg jenis kalo plan nak kne site visit, kalo tempat tu jaoh mmg x la kan.. kalo dekat tu boleh la,, Lagi 1 zul ni pulak mmg jenis kalo plan something, akan jadi excited gilerr.. n kalo boleh nak plan tu jadi betul2 mcm dalam mimpi nie haaa.. Ari sabtu lpas smpai umah teru google chalet n jumpa macam2. Last jumpa Chalet Desa Bagan. Terus call n book.. Tapi rasa x sedap hati so ari ahad tu mmg plan nak pergi bagan nak tgok dgn bijik mata sendiri.. Nasib baik pak tih n mak tih baik hati sanggup bawak smpai ke bagan.. I love them so muchh.. Muaah2.. Rindu kt zetty, abg amar n adik qayysa.. Dorg dah mcm my litlle sisters n brother. Kak ain pulak dah mcm akak aq sendiri. MMg x keko dgn dorg sbb dari kecik mmg dah selalu sama. Duduk umah dorg.. So pergi la jumpa Kak Salmah, Manager chalet.. mmg puas hati.. so mmg assume sume member puas hati lah.. So book la 8 bilik.. sbb target ade 30 orang.. Malam tu makan ramai2 kt bagan. Sedap sate.. Makanan pon not bad.. murah..

Chalet Desa Bagan

Bilik utk 4 org = RM80 semalam
Bilik utk 5-6 org = RM120 semalam

Bilik selesa. lengkap. Walopon jauh dr laut tp ttp best. tenang jeerr. 013-3575137 ( Kak Salmah) Chalet Desa Bagan. Promote2.. Hahahaa







Gambar sama mcm tempat. 

Bilik selesa. X caya tye member caring.




Main point:


12 Februari 2014

Kami (asip, kak lilo, k.nik) pi shopping kt NSK. Perhh, dasat sopping. Sakan habis. Mula2 x tau nak beli ape. Bila ketua chef dah bertindak maka borong abis. MMg bnyk giler brg beli n hampir semua habis dipakai. X de la membazir sgt. 

Menu:

BBQ ayam 5 ekor
bahan2 bbq
Sosej 
daging burger
Beras
bahan2 nasi goreng
Tepung garam bawang gula susu etc
bahan2 air

banyak sgt smpai x ingat. Bajet cukup2. x over alhamdulillah... Trima kasih asip bawak ktorg pi NSK n tlg simpan bahan2 basah kt umah. Thankzz bangett. Jasamu dikenang.. Kak lilo n k.nik, tq bg idea nak beli ape n listkan brg2.. Jasa kalian dikenang gak..

nak bayar dahh...


masterchef beli brg

asip n k.nik byk tolong



14 Februari 2014

Lpas approach member2 semua, ramai yg mcm x free tarikh tu. Sbb mula2 book 8,9 hb tapi dah full, anjak la ke 15,16. 60% je yg nak pergi.. Mula2 dah nak mengalah dah tp ramai yg support especially kak nik.. Dia mmg baik.. She is a mom in caring. Dia kata p tdo dlu, jgn pk sgt.. rehat2.. so dekat dua hari jugak la nak tenangkan diri.. pas tu slow2 plan lg.. n k.nik la yg tlg update diikuti mai.. dan akhirnya time meeting agung jumlah yg nak join semakin meningkat daripada 21 org ke 28 org.. Wow.. mmg time tu rasa happy sgt.. actually mmg sedih time mula2 bila tiba2 zakwan cakap dia x dapat pergi but alhamdulillah, Allah dah plan semuanya cantik sangat.. so time assign kereta tu mmg heboh.. cerpi bagi 10 minit je nak bincang,. mmg x sempat lah kan.. huhuu.. dan perbincangan tu berlarutan ke dalam wassap group.. bhahahaha..

Lepas settle semua agenda, pi berphotoshoot dgn dressing yg umphh.. gempak seyhh.. mampu? Ade surprise dr welrec sambut besday iya naqib n mus.. Zul pun terkezutt sbb tiba2 ade org bawak kek.. ape kes.. hahahaha.. yg penting dato' dah kne tepung dulu.. hahahaa



meeting agung elite team 14 kali ke-2

meeting abihh

my big bro :)

Siap2 nak berphotoshoot semua. get readyyy!!

Besday girl.. hb iyaa..

surprise kek.. pandai pakdin cari kek

doa la same2. baru berkat

Dato' Mus , Naqib n Iya.. Asipp pon nak jugak..

smart lah apkdin n ash - (asip-2014)

kami IIUMians.. EduCons..

xpresion 3 in 1


15 Februari 2014

Dalam plan asal nak bertolak pkol 11.30 tapi ada sikit masalah bila perjalanan nak pi umah kak lilo tu jauh.. dia kata dekat ==' , hehe btw 1st time pergi kuala kubu n batang kali. 1st time jugak dpt tgok Darul Quran depan mata. Jauh perjalanan luas pemandangan. sampai umah kak lilo dalam pkol 11.00.. pakdin drive laju n cepat jugak la.. salute kt dia sbb dia nak kejar masa n x nak kasi kawan2 tunggu lama2 kat econs. Sampai umah kak lilo terus mai iya n zul serbu dapur kak lilo n amek semua barang yg nak guna.. Mcm masterchef yg ada masa 1 minit di pantri. "baik masterchef semua, anda ada masa 30 saat sahaja lagi. Ingat, ambil brg2 yg perlu sahaja" kata Chef Jo. Hahahaha.. pastu terus rushing balik UIA n sampai2 pkol 12.15. Sorry guys sbb lewat n korg kne tggu kitorg, Thankzz bangattt.. Sampai econs pi kafe n lunch. N raihan belnaj ktorg minum. Han, lupa nak ucap terima kasih 4 the ice tea.. Hehe.. 

bergeraklah kami semua tepat pkol 12.30. Sampai2 kt tol duke, tiba2 kereta dato' bandar x dapat dikesan. Bila k.fatin mimi call dia cakap pegi visit KL jap. hehehe.. Azmi pulak cakap ikot jalan morib nak jalan2 kampung katanya.. hahaha.. Info trafik, kalo dr KL nak ke sepang korg boleh ikot Highway Duke n Exit KLIA n masuk KLIA Extension Highway.. Tol agak mahal laa dalam rm10 tapi puas hati sbb x jam. Kalo ikot Ampang mmg sesak la.. silap2 lpas asar sampai.. haha.. mcm2 la yg passengers buat, selfie la, makan la, ada yg pening. bese la jalan jauh. N dapat pulak keta zul aircondnye agak suam.. huhuuu.. Smpai exit KLIA boleh tgkap2 gamba kejap, Han, riza n mina siap pi topup TnG zakwan. Series zul lupa nak topup kalo x lg mudah pemanduan pakdin.. Sorry pakdin sbb tlupa nak topup..

Pkol 3.00 mcm tu kami sampai kt Chalet Desa Bagan. Dekat 2 jam stgh jugak la perjalanan kitorg. Campur berhenti2 jap kan.. kalo x jam dalam 2 jam sampai lah. Chalet Desa Bagan ni bagus jugak la n selesa kalo korg nak bawak family. Location kt bagan lalang, sebelum pantai. Simpang pertama belok kanan n dalam google maps ade tulis Tadika Murni kot sbb coordinate chalet ni x ade dlm maps. Cek in n masuk bilik. Mula2 laki bilik no 5, tp mcm sempit, tukar la pi bilik 14. besar sikit n selesa. Ingatkan nak lepak rehat2 tapi tiba2  zul dapat call kan mintak suro jempot.. sesat katanya.. x pe 1st time p. Mula2 p jemput najwa kt bulatan gold coast. Han, zakwan, pakdin ikot. pakdin gelabah la bila najwa nak naik skli, last2 han yg bawak. She has no experience driving big car, so dia nak try. So kitorg pon bg la dia bawak. ingt dia cakap "when i drive, i can't hear what u all said" haha, sampai brek mengejut kt bumper.. hehe.. belok maut kt simpang.. Hehehe.. Sampai kt chalet ade call lagi, this time keta dato' pulak nak kene amek, dato' mus kt Hotel Sri Msia n this time iya, han n hady ikot. Hady is the best co pilot laa.. even dia kuat makan tp dia sorg co pilot yg bagus. N jumpa gak keta dato'. kitorg pon escort smpai chalet. dalam pkol 5.30 keta zakwan n k.yong p tgok pantai. nak cari tmpt bbq sume. Last2 ramai2 pakat makan ice cream n lepak. kak lilo nampak basikal terbang.. Dia kata betul ke boleh terbang and after she sees it by her own eys, baru dia percaya.. hehee.. mahal nak naik tu..kak yong cakap nak mandi, so ktorg decide pi balik chalet n amek brg2 n bru mandi. time nak balik chalet tu call k.nik n dia cakap dia ada kt pantai.. Makkk.. apa mak buat kat situ.. hahaha.. .. perhh, mmg hot lah zul.. masing2 mntx jempotkan.. i gave the coordinate but maybe they can't find it. so pi lah tggu kt bulatan gold coast tu. dan lepas tu selamatlah semua members tiba kt chalet tu.. Sampai2 cerpi boleh tanya ape modul nak buat ==' kriik kriik la zul. So cakaplah kt dia nak pi mandi n trus bbq bla bla bla.. n pkol6.15 semua pi pantai.. bergambar dulu sebelum pi mandi. dah mandi pon bergambar. hahaha.. Time mandi tu air da makin surut, zakwan pon ajar la cara nak terapung. Buat2 buat jadik lah jugak kan.. thankzz zakwan.. sorry la, x dapat nak kawal pinggang n luruskan kaki betul2.. haha.. lpas tu lumba lari dal air dgn budak2 ni lah.. Lps tu semua laki pi mandi, pompuan un. mne yg basah tu pi mandi kt toilet awam. toilet dia mandi rm0.60 sorg. Tgh2 mandi bila turn zakwan n hady, air tiba2 x ada.. perhh, nasib baik dah selesai.. hehehe..

Lpas smpai sana, tgok2 venue bbq dah berubah. Port baik punya, ktorg pon solatlah (zul, mus, cerpi, hady). Yg lain da solat kot. Lpas tu dorg hidupkan api n mula masak2. zul da x taw nak buat apa, jadi bukak laptop n main laptop la.. tgok lawak ke der3, dunia akhir zaman dgn mina, hady, riza, ana, wanie, mus. Tgok2 dorg dah siap dah.. perhh.. lapa gilerr. mmg sedap giler ayam bbq n air asip.. Asip boleh bukak kedai pas ni.. nasi goreng chef2 pon terbaik. So pas mkan tu mula lah Usrah ktorg. han mula dgn berpantun n main magician. Nice pantun han. Bestt!! Lpas tu zul pun cakaplah stiap sorg kne cakap 3 minit.. Semua shock n terkesima.. Huhuhu, lama ke? Last2 bila semua share masing2 punya story smpai pkol 3 lah jawabnya. lamaa. acap pulak dok tye soalan kawen la, lelaki pompuan idaman la.. haha.. Tp ape yg nak highlight kt sini, usrah session tu bukannya utk dgr tazkirah je tp perkongsian pengalaman pun boleh. Sgt2 best bila dgr semua cerita.. Bnyk iktibar n pengalaman. Ingtkan habis cepat, dapatlah tarik nafas lega. Tiba2 acap point, "capik share weii.. capikk.. capiikk" = =' idea 2 jam lepas dah lost nak cakap mende lahaii.. and bila cerpi cerita pasal family, zul pun teringin nak share kisah hidup  kt dorg. n tu 1st time zul share personal matter sye dpn org ramai. Sblum ni malu sbb takut org ketawakan or ingt nak mntx simpati, tp bila Allah bg petunjuk, Zul pun kuatkan smgt nak share. Tapi tiba2 air mata ni menitis, Allah.. "knp menitik pulak air mata ni" Han pon bagi tisu.. thankz korg sudi dgr cerita zul ritu. itulah realiti kehidupan zul. Tp tu x detail la, tu baru sikit2 je..

N at the end, cerpi pon conclude la.. dia kata ikhtilat ni mmg normal bila mengaitkan organisasi tp yg pnting kita kena jaga garis halus yg mana garis tu boleh bawak ke arah dosa n pahala bila kita lintas or elak. n pentingnya doa rabitah tu untuk menyatukan semua hati2 kita diatas redha Ilahi.. Tq cerpi.. u are the best cerpi.. pkol 3 pon ktorg balik. Pas tu pi beli air kt seven E sbb haus gilerr.. k.nik beli obat sb ramai perut x enak. hehehe.. sabar2 ea semua..pi ek ek. haaha. Sampai bilik tgok laki2 tgh syok ratah ayam kan tapi haus. Nasib baik beli ayaq mineral 1 kotak, kalo x tercekik hangpa.. Hihihiii..




adik2 dan kakak2 hihihi

pakdin drive kami selfie

sunset di bagan lalang

panas terik tapi ttp nak selfies

campfire menjadikk

persiapan utk makan n usrah
Kali ni pakdin pandang camera..
sunset

main bunga api

ramai tukang2 masakkk
bergambar dulu















Mula2 sampai kt pantai.. 



16 Februari 2014

tdur pkol 4.00 and bilik tu actually muat utk 6 org tp jumlah laki 10 org. 4 org kne tdo bawah. n zul offer nak tdor bawah, x pe walau beralaskan tikar pon asalkan semua selesa. nabi dulu tidur alaskan pelepah kelapa je.. ni baru tidur atas tikar pun rasa lain macam dah belakang. Katanya modul nak buat kt tepi pantai, tunggu punya tunggu pkol7 dorg x kuar. So pi la tawarkan diri nak basuh semua brg2 mlm tadi tu.. Hehehe.. biasa dah basuh2 ni.. kt umah pon mmg sllu basuh pggan lagi2 time raya. Abah entertaint tetamu, ummi isik2 kuih. n zul lah yg jadi org dapur cuci pinggan. Hahaha.. Pkol 8.00 dorg x kuar gak. Pi lah lepak dgn chef2 sarapan yg diketuai k.nik. Sambil2 tu main uno jap dgn han, pakdin, cerpi, dibah, mai, hady, asy.. Mai 1st yg mng tapi dia x cakap uno game, so x menang lah kan.. hahaha. last2 asy yg menang dulu.. Zul no 2.. hehehe.. terbaikk. 45 minit main bru mng.. gigih la nak uno game tu.. pkol 9.30 dorg ni baru celik. Amboi bila lapaq bru nak bgun naa.. baik pi lepak pantai je.. huhuhuu.. disebabkan tension so pi lah mandi dulu n kemas2 barang. At least nnty bila nak balik terus amek je beg semua. x yah nak pikir2 dah. Smpi2 kt dewan mkn, semua dah siap. K.nik still masak.. K.nikk, tq so muchhh.. lamanya k.nik masak sampai pindah2 tempat.. Kawin banyak la nty.. Gurau.. hahaha,. Nasi goreng panas, fries, daging burger perhh.. telur dadar, omelette.. mmg ala 5 star punya bekfes. Mampu?? Bhahahaha.. so lpas settle sume dlm pkol 10.30 bru la start poposal session. Divide la cac, permata n biro. masing2 update kerja n rancang poposal. Bagus dorg ni, mmg komited. Time main. main sungguh2. Time meeting. meeting sungguh2. Thorrbaikk semua.. Owner cakap check out pkol 1 plg lewat, so dorg ada masa la nak habiskan meeting. N dpat gerak sekali dgn keta asip sbb dorg nak rushing pi censerve 3.30. Dah pesan dah kemas brg, cek betul2.. tapi siannya hady punya kunci tinggal. dah sampai umah wawa baru dia tnya.. Hehehe.. X dapek den nak nolong eh yoo.. Call lah owner tu. Owner tu baikk.. T dia simpankn nye.. Time retreat dia punya sewater ilang, jumpa sebulan lpas tu. Ni kunci bilik n loker dia lg sebulan la pi amek, hehee

Zul gerak paling lewat. Drive keta zakwan.. Sejukk.. hehe.. syok ar.. Set GPS n gerak p umah wawa sbb nak amek fon dia. Pas tu teringat x de pelekat P. Zul ni still P, bulan 5 nie abes. Dulu pnah kne warning dgn pak polisi, so tros pi kedai n beli pelekat P. Beli jugak refreshments utk passengers. Otw dr sepang ke btg kali penuh dgn sharing yg best dr kak lilo. Sgt2 sporting membicarakan isu2 semasa. Saya open, dorg open. dlm keta tu ada kak lilo, wawa, riza n mina. Mmg semua bercerita. Sampai nilai singgah Masjid Putra Nilai and tiba2 riza cakap "Rindunya kt CFS" actually dulu cfs kt nilai (cawangan) tiba2 nak singgah n tgok. Still ade tertampal huruf2 kt bangunan. sangat2 sentimental. Solat kt masjid, sblum masuk ade instinct yg bakal jumpa dak usim. Lpas amek wudhu, masuk2 je dr jauh ku sedari, mungkinkah saat nanti, ehhh, tu lagu salahkah.. hehe.. Terus nampak apau n adib.. Mmg happy gilerr. Satu sem x jumpa dorg, nak nangis time tu. Sbb adib is one of my bestie. Shuk, adib, aidil. Kami mcm adik beradik kt maahad walopon kdg2 gaduh tp itu yg merapatkan kami. Tp x dapat nak borak lama sbb nak cepat. Lepas bgtaw cmne leh dtg nilai n citer2 sikit, zul pun mtx diri. Bye2 adib, sayu hati ni.. nak nangisssss.. smpai kt luar tu nak cari signboard masjid. puas pusing satu masjid nak carik signboard rupa2ya kt luar belah kiri. Pegi belok kanan mmg x jumpa la.. Lpas sesi bergambar, ktorg pon terus pi btg umah wawa. Wawa ajak sggah tp nak cepat, so ktorg lambai kt opah wawa :) otw nak pi umah kak lilo, ktorg pon bincang n share lg mcm2 story. usrah vol 2. Usrah kereta. Mampuu? Jgn ingt usrah buat kat masjid je.. Mana2 pon boleh.. Smpai umah kak lilo, anta brg2 n tros pi isik perot yg berkeroncong. Kak lilo bawak pi restoran yg meletoppp. sedap habisss.. murah habisss superbb gilerr.. mmg terbiak lah.. nasi menggunung, supe cendawan, rendang tok, teh o ais RM 5.20.. berbaloii gilerrr.. mmg sedap. Masing2 dah kenyang, so tros balik UIA.. pkol 7 sampai UIA.. Penat2. lpas anta kak lilo, riza, mina n wawa tros balik bilik. mandi2 solat n rehat..

pkol 10 dapat panggilan yg bertubi2 dr kawan.. ada 4 miskol,, huhu sorry la fatin, suara mamai time tu. pas tu siap2 nak pungut tikar sbb kne hantar ari ni.. So sbb driver2 ade kelas sampai pkol 1, tggu lah kt bilik tv zubir. lepak2 sambil refresh Fiqh 2 sbb lecturer akan soal apa yg dah blaja last class. Pi beli susu sekotak sarapan la kan. ke brunch.. haha. topup credit renew internet.. mula2 dia cakap x boleh tp nasib baik last2 dapat.. fuhh.. tp mahal sikit rm25.. selalu rm20. maybe da lewat 2 minggu tu yg mahal sikit. lpas solat pi lah hantar tikar kt OR dalam pkol 2. maaf la terpaksa skip class sbb dah janji dgn OR irk n edu. pkol 3 bru selesai kerja. 3.30 pi kelas. Maaf ye mr lecturer nx time x buat lg. tp td brief pasal esaimen so group sume dah bgtaw ape kne wat. so no hall la.. tp pelik la bila mai tanya tiba2 "capik, ko x gi kelas ke pkol 2 td".. "Allah, mcm mne dia tau plak ni, mai law.. asal tibe2 tau ni" dia x nak bgtau sumber tp dia cakap laki2. Erm, dalam klas tu aq knal andy je, yg lain x kenal sgt pon. Tp anyway thanks kt brother tu sbb ambil berat.. x sgka pulak ade org yg sudi tnye sbb ingtkan sume org x kenal kt zul ni sbb budak direct kan. sapa nak amek tau.. haha..

okeyh.. pkol 8.30 ada miting. Mula2 ada hal tp cancel n zakwan lak cakap ada miting permata. Sampai2 tgok nama x da dalam organisasi. Apa hal ni. Rupa2nya tu meeting seminar,. malu weyhh.. seb bek guna alasan PIC.. hihih.. ingtkan dinner ke osem camp ke.. Dibah roslan join.. terbaiklah dibah.. mmg terkejut "Zul, buat apa kt sini" hehe.. hi dibah, kita join gak. So dia cakap dia x kenal sapa2.. Jgn risau dibah, ktorg nie friendly.. Jgn risau naa. Meeting selesai dlm masa 1 jam. Salute kt aiman. thorrbaikk..



selepas basah pon kne photoshoot lg

Presiden kami. Syarafi. Berjiwa rakyat dia ni

hangus tu yg sedapp.. bbq ayam madu pelbagai rasa

sebelum basah pon kne tgkap gamba jugak
ini model gopro caring. 

sempat senyum kira ok lah kan

rezeki kongsi sama2.. baru barakahh

masterchef morning.. k.nik, k.su, k.mimi, k.tirah n asy.. asyy?? hehe

happy2 jugak, meeting tetap jalan. tp lebih santai dan relaxx..

Saturday, 29 June 2013

MY TRAVELOGUE


Assalamualaikum, hai readers.. Lama sih nggak ketemu.. Rindu bha sama kamoo.. Bhahahaha.. Bercampur2 gaya bahasa zul. Ok lah, malam nie baru berkesempatan nak update blog ni.. Tajuk entry kali ni pon sah2 menggambarkan sesuatu yang best! Hahaha.. Actually, baru balik dari jalan2. Faham2 je la, zul ni kan kaki jalan.. Ade mase free, on je. Hihiihi.. Alhamdulillah, segala plan yg tlah dirancang telah berjalan dan terlaksana dengan sempurna. Cuma Aidil dan Adib tak dapat nak join. Kalo mereka ade, mesty lengkap dan best trip ni. Tapi nak wat guane kan, masing2 ade komitmen yg tersendiri. Redha je lah. Ok2, let bygone be bygone. Nak jalan2, tak mau la sedih2 kan. Hehehe. Post kali ni, zul nak share la citer pasal trip tempoh hari. Walaupon hanya sekitar KL je, but I happy n enjoyed it :) 


Bila bab2 jalan nie kan, transport adalah sangat penting. Puas contact mamat2 sewa kereta. Shuk siap koyakkan iklanat dari lauhah stesen bas. Puas nak deal dgn ramai org. Ade yg x balas, ade yang suruh amik sendiri. Susah la bila berurusan mcm org cenggini, x berjiwa pelanggan. Finally, dgn bantuan daripada warga IIUM Online, berjaya jugak jumpe SDCR (Sarip Dol Car Rental). Harga yg berpatutan dan sesuai buat para pelajar. Lokasi area Bangi, simpang lepas Stesen KTM UKM. Sape2 yg nak pakai keta sewa, leh la contact SDCR ye. (Promote nieh). Hehehe.. Alkisahhh.. Maka bermulalah cerita...



25-6-2013 (Selasa)


"Erm, nak naik bas pkol berape ye?". Dan keputusannya, zul naik bas SKB dari Bahau tepat jam 4 petang. Mula2 nak pergi awal, tp shuk abes exam pkol 10 a.m, tu yang naik bas lmbt ckit. Pkol 5.30 smpai kat Stesen KTM Seremban. Siap2 solat asar, trus naik Komuter n stop kat Stesen UKM. Tiket RM4.20 (sehala). Smpai UKM, hari dah senja dan nak dekat maghrib. Shuk jemput naik skooter. Cool n pinky (skuter rumet dye punye gf). Malamnye pergi makan malam dekat FEP bersama acOng, jpah n ade lg sorg kawan dye yg aq x mengenali pun namanya. Dengar kawan dye citer yg notebook kena curi kat masjid. Kesian pulak. Nak buat macam mane kan, dah nasib. menu malam nie is nasi Kukus, nyum3.. Mengidam seyh.. Tp tolak belacan awal2.. berborak sampai pkOl 12, majlis pun bersurai. Malam tu mmg susah nak tidur kot, (xcited nak bejalan agaknye). Shuk siapkan kerja koko dye. Diri ini terlantar di atas katil tp x mau lelap. Natijahnye, tidur 2,3 jam dan alhamdulillah subuh di musolla. Pkol 6.30 contact la SDCR tu, dan2 dye nak datang kol 6.45.. Dah la x siap lagi. Huru hara gi mandi, gosok baju lekas. Nasib baik la x da barang yg tertinggal. Jalan pagi tu pulak jam, org sume nak pergi keje. Huhuhu..


Sampai kat opis SDCR, isik borang bla3.. Dan terus masuk keta. Kelisa. (nak yg murah punya pasal). Masuk je, sejukk.. dgn aircOnd yg sejuk.. Dalam ati "bestlah keta nie" :p tapi... hehe.. truskan membace ye.


Gerak je dr UKM, singgah jap kat Petronas. Isik minyak. Dah la tank kosong, huhuuhu.. Bersarapan di Subway (tapau je). Tepat pkol 8.30 sampai kat stesen LRT Putra Gombak. Trus beli tiket GoGenting Express. Nasib baik ade kosong utk bas pkol 9. Then terus cari parking kat kawasan parkir bertingkat berhadapan dgn LRT Station. Murah gak la, RM4 sekali masuk. Simpan beg2 kat bonet, huru hara carik bas. Dengan coffee yg tumpah kt dashboard. Dgn bonet yg poblem. Haha.. Nasib baik sempat naik bas. Tapi kami x dapat dok sebelah2. Dah full. So, Shuk dok depan dengan foreigner :) Dan aku pulak tercampak kat belakang bersama kumpulan Indonesia. Dengan budak kecik yg menangis. Aduhh.. Stress.. Nak jimat bateri fon pnye pasal, x sentuh pun fb. Sandwich ade je kat tangan mase tu. Terliur pulak. Duduk kaku je la setengah jam dalam bas tu. Tak taw lak ape perasaan Shuk dpt dok sebelah foreigner. :)


Promote sikit. Sape2 yg rase nak pakej yg murah utk ke Genting Highlands, saya sarankan anda amek Golden Pakej GoGenting. Hanya RM60 sahaja seorang. Siap dengan tiket bas pergi-balik, cable car pergi-balik dan tiket outdoor themepark. (boleh tukar dgn set makanan kalo x nak main themepark). Ok lah, daripada bawak keta naik smpai atas, nak redah tol n minyak lagi. Lain la kalo korg kaya raya. nak naik smpai puncak pun x pe. Sila layari http://www.gogenting.com.my/ utk maklumat lanjut.






Ok. Setengah jam lepas tu, sampai kat Lower Station Genting Skyway. Kabus punyelah tebal, ku sangkakan jerebu. (Oh jerebu uuuu.. ayam di kampuang kuat berkokok, aku disini terbatuk2, ni semua salah kau lah! Oh jerebuu) -Mazzfactors. Hit tau lagu nie.. Recommended by Al-Amin Maarif.. Hihihi. Sampai je kt Lower Station makan la sandwich yg dah sejuk tu. Lepas tu terus naik ke balai perlepasan Cable car. Singgah jap kat kedai 77. Beli air kotak lemon tea RM2.50. Puihh, mahal. Bila naik je kat genting ni, segala barang akan naik harga 2X ganda. Tak buleh nak salahkan sape2 sebab logik lah. Kos nak hantar barang2 dari bawah naik ke atas tu menelan belanje yg agak tinggi. Petrol kan mahal. Faham2 je le. So, sape2 yg nak pegi genting nie better bawak makanan dari rumah. Kalo x, anda akan rasakan betapa berharganya Maggi Cup kat atas sana. Hahaha.

Nasib baik x ramai orang, so dapat naik cable car nan shuk. Best kan naik cable car, tp lame sikit la.. Hehe. Kat atas tu dapat lihat alam terbentang luas. Betapa hebat dan agungnya ciptaanNya. Subhanallah. Udara yg nyaman. Warna hijau pokok yang berlainan. Sejuk mata memandang. Sampai kt atas, terus masuk outdoor themepark. Pagi2 org x ramai, so boleh la merase sume game kat atas tu. Sekali pun kire ok pe. Yg penting dapat naik sume yg thrill. Naik flyingcoaster, gokart, corkscrew, spaceshot, pirate ship, dll. Nak beratur punyelah lama, main x smpai brape minit. Ramai betol warga2 asing. Rasa macam diri ni pulak yg datang melancong kat tempat org. Spaceshot sgt2 thrill, walopon dah naik dulu, tp nervous kali ni lain mcm. Dah la mula2 nak naik berebut dgn minah arab nie. "She is my sister". Shuk pun mengalah. Cayalah Shuk. Mother father Gentleman.. bila bende tu dah gerak naik je, mmg x fikir ape dah.Tunggu mase nak jatuh je. Minah2 arab tadi menjerit.. Bingitt telinga nie dibuatnye. Bila jatuh kali pertama, mmg x bersuare. Hihihi, org yg naik taw camner rasenye. Kali kedua dan ketiga tu baru ok dapat la mnjerit sekuat hati. Naik corkscrew dapat dok depan. Hehe :). Naik pirate Ship, tgok nenek india tu boleh tido lagi. Memang menghayati giler lah keasyikan ayunan kapal tu. Taw2 dah berhenti dgn muka yg xcited. Tapi pkol 1.30 p.m, kabus tebal sangat. Sebelum nie datang, matahari memang terpacak atas kepala. Dan ari pun ujan. Terbatal lah hajat nak kayuh boat. Huhuhu, so solat2 dan terus masuk plaza. Kelaparan nak carik makanan. Hehehe. Tapi masuk SnowWorld dulu. Actually memang tak pernah pun dan teringin sangat nak rasa salji even bukan yg real punya.




SnowWorld Genting mmg best. Only Rm30. Suhu -6 darjah celcius. Beratur beli tiket dan pilih jaket, but n glove. "Fon n camera is not allowed" kata staf2 beserta sepanduk :'( Sedih lak, tak dapat tangkap gambar dalam tu. Masuk je, mulut dah berasap2. Hihihi.. walopon salji tiruan, tapi bes tau. Feel mcm kat korea dah time tu. Berkali2 masuk warmhouse. Main gelongsor, bro tu tolak laju2. Mmg naik sekali je la. Lpas tu boleh main baling2 salji dgn anak cina yg asal-usulnya tidak dikenali. But having fun. Tanggal glove, memang kebas la jari2 ni. 2.30 - 3.10 rase sgt2 lama. Berbaloi sgt dgn harga tiket tu. Alhamdulillah, ade hikmahnya kat Malaysia tak turun salji. X tahan kot sejuknya. Ingat nak beli gambar yg org tu tangkap tapi RM50.. Umangaii, mahal gilaqq..


Keluar je dari SnowWorld, terus pergi makan. Hanya Maggi yg mampu dibeli buat masa tu. Tak dapat de nak beli fastfood. Berdabel-dabel harganya. Keluar je, hujan pun reda. Dapatlah kayuh boat. Tapi tak lame epas tu, ujan pun turun semula. Cakap kat shuk, jom naik boat dinosaurland plak. Beratur dekat sejam. Naik tak sampai 5 minit. Tengah2 beratur tu ade plak kapel foreigner nie berpeluk2 sakan, dah la awek dye macam Nicki Minaj. Black version. Geli aii tengok. Uwekzz.. this is Malaysia ok.. Not ur country. Huh!Dapat jugak naik boat dinosaur tu. Satu gang dengan indonesian. "Chak, lihat dong kameranya". "Kesian chak nngak dapat naik spiderman". Hahaha.. Kelaka3. Pas solat asar, jalan2 kejap dan pkol 7, kami pun trus naik Cable Car dan turun ke Lower Station Genting Skyway. Solat2 n rehat jap, naik bas pkol 8.45. Perjalanan pulang lebih tenang, anak2 kumpulan indonesia tu tdoq,. (nie kumpulan yg naik same pagi tadi) Baguss. At least kami pn dapat tidur sekejap.


Sampai kat LRT Station, terus ke UIA utk makan. Lapaq gilaq. Cafe Mahalah ALi la. Lpas makan, pegi masjid. Take a bath. Solat2 sume. Dan trus ke uptown Danau Kota. Punyelah susah nak carik parking baq hang. Pusing2 dibuatnye. Tp dapat jugak akhirnya. Dekat sejam lebih la merayau kt sini. Pergi kedai topi, baju, jam dan mcm2 lagi,. Shuk beli jam, aq beli baju. Jimat2 ckit sebab esok nak shopping lagi. Balik tu beli steamboat, Isik perut kejap. Kemudian cadangnye nak ke Masjid Wilayah, tapi sampai2 je gate tutup. X perasan pulak yg tu gate belakang. Memang tutup time malam. Tak penah pegi, so tak taw kat mane gate utama. Last2 pergi la bermalam kat Masjid As-Syakirin KLCC. Pkol 2 pagi berjalan depan KLCC. Dah macam running man pulak rasenye. Huhuhu. Dapat la jugak rehat kejap walaupun tak selesa. Dahla battery nset masing2 low, nak cas tapi plag x berfungsi. Aduss.. Na wat cm mne kan. Tidur je la. Pak gad ni asik berjalan je. Shuk pun risau. Tapi ade je org tido kat sini. Tibe2 tgah tido ade bunyi bising. Ujian2. Tak ape, pakse gak tido. 


27-6-2013 (Rabu)


Pkol 5 trus kejut Shuk dan pergi solat subuh kat Masjid Wilayah. Alhamdullilah jumpa gate utama. Tido jap dalam keta, bangun2 dah jemaah dah abis solat. Terus pergi mandi dan siap2 solat. Ape lagi, cari plag la nak cas nset. Cabut je plag kipas tu. Pas solat, zul tertido jap. Tapi pak gad tu kejut. Potong stim btol la. Ayoyoyo. Apa mau buat.


Then terus pergi breakfast kt Mc'd. Perut berkeroncong lagu Oh Jerebuu uuuu. hehehe. Location kat area uptown 5. Uptown 5?? Mane pulak ni. Dah la tak penah sampai area Damansara nie. Drive aje la mengikut arah En.GPS yg kadang bawak kita ke arah yang lain. Huhuhu. Last2 parking kat Uptown 2. Macam2. Mula2 nak pergi basement, kat palang tu tak da button tiket pulak. Dengar suara ja. Last2 pak gad yg keje tu suruh park kat atas. Segan wooo. And tak perasan pulak park kat tempat yang ade no plat. Redah aje. Seb bek tak kena clamp. Kalo tak satu hal lagi nak baya saman kan. Hehe. Makan punye makan sambil mengecas nset yang tak penuh lagi ni. Perut memulas2 pulak tu.. Aduhh.. 


Lepak la sampai pkol 10 lebih. Kemudian terus bergerak ke 1 Utama. Jalan2 Mall tu dah kira macam habit yg tak dapat dielakkan. Stiap org ade habit masing2 kan. Dan kami punya habit yg sama. Nak ikotkan aty, 10 jam pun tak cukup. Hehehe. Festaim pergi 1 Utama, bapaklah gedang Mall ni. Sampai petang lah berjalan dalamnye. Nak tgok Monster Univesity 3D, agak mahal. Carik karok tak jumpe2. Pergi Topman, Uniqlo, Brands Outlet.  Hehehe, lepas ni dah taw dah kat mane nak beli baju raye smart2. Nak raye nanti kita pergi lagi ea shuk. Dapat gaji nanti memang gasak la kan. Hihihiii.


Pkol 3, kami beredar. Mau pulang yuk. Lama uda berjalan. Ongkosnya makin lama makin keluar ya. Hihihi. Shuk pesan stop kt petrol station. Nak solat. Terlepas highway dan terikut jalan cheras-kajang. Nampak Esso lantas kami berhenti di situ. Sampai park keta. Tak lama selepas tu, tanpa disangka2, kami diuji dengan ujian yg agak berat. Kereta tak boleh start. Puas kami cek ape puncanya. Rupanya bateri dah kOng. Kong king kong. laju2 call bro SDCR tanye macam mane. Ape nak buat. Maklumlah, tak pernah berada dalam situasi macam nie. Panik dan serabut pale otak nie. Bro tu suruh tanya siapa2 yg ade wayar apekebende tah namenye. Yang transfer kuasa bateri dari keta lain. Dah lupa dah name bende tu. Nasib baik pekerja bangla kat Esso nie ade bende alah tu. Dia kate kena belanje. What?? Belanje? Ikot ati nak belanja air mineral je. Tapi dye kate org ramai selalu bayar RM10. "Oooo, RM10" Cakap la awal2. Ok, pas tu nasib baik ade pak cik drebar teksi nie stop tepi keta. Dye pun kasi gune bateri keta dye. Alhamdulillah, boleh start. baik btol hati pekerja bangla tu. Menyesal n rasa berdosa pulak bila sebelum ni asik kutuk2 bangsa dye. Ampuni dosa kami Ya Allah. Keta pun boleh start, dan kami pun terus balik ke UKM dan sepanjang drive nak balik tu, dalam pale otak nie risau kalo2 keta mati. Aduhh.. mmg x selesa. Dengan aircond yang kejap panas kejap sejuk. Huhuhu. X pe, Allah uji tanda Dia sayang kat kita kan :)


Pkol 5.30 p.m sampai kat opis SDCR. Bro tu mintak maaf sangat2 atas masalah yang berlaku tadi. Dye cakap masalah macam nie memang tak dapat nak dijangka. So, kami pun maafkan segala perkara yang berlaku. Dan bro tu bagi discOunt, Yeppi. Jimat ringgit kami. Tapi bukan bermakna servis SDCR ni tak ok tau.. Servis SDCR sgt2 ok. Layanan bro tu pun sangat2 ramah tamah dan mesra. Cuma masalah tadi datang tiba2. Tapi tak pe, asalkan dapat pulang dengan selamat. Itu yg paling penting kann. Alang2 bro tu nak amek customer, dye hantarkan kami pulang ke kolej. Best plak Alza dye kan. :)


Sampai kolej, mandi2 siap2, makan kejap dan terus rehat. Wah, lega dan beruntung dapat tidur atas tilam yg empuk. Perjalanan sehari setengah nie mengajar banyak benda kat diri nie. Macam mane la agaknye kehidupan mereka yg susah dan tiada tempat berteduh. kami yg sehari lepak kat masjid ni pun dah rase perit getir. By the way, kami dah rasa pengalaman itu dan kami bersyukur dgt sebab Allah masih lindungi kami dengan tempat teduh yg sgt2 selesa.


28-6-2013 (Khamis)


Usai solat jumaat di Masjid Universiti, kami pun bergerak pulang ke rumah. Tetapi, bas perantara ke Stesen KTM itu rosak di tengah jalan. Ujian lagi. Hehehe. Tunggu lah pulak bas lagi satu. Target sampai Seremban pkol 4, tapi sampai pkol 5.30. Kita merancang, Allah yg tentukan samada cepat atupun lambat. 


Sampai Term, Shuk pergi tukar kasut. Cantik, turqoise tu.. Masuk dengan kaler seluar. Zul nak amek yg putih tapi tak muat.. Kaki gajah ke? Huhuhu.. Lepas tu beli handbag untuk ummi. Besday aritu belanja KFC je, tak belikan hadiah. 


Bas SKB pkol 7.30 dan kakak tu cakap datang pkol 7.15. Kami pun bergegas ke kaunter and kakak tu suruh solat dulu. Selesai solat, baru beli tiket. Malangnya, bas 7.30 sampai pkol 9.00. Tunggu pkol 9.00, bas pun sampai, dengan harapan dapat naik la kan. Dan2 penuh pulak. mmg stress la. Shuk plak ngah pening time tu. Makanan pun dah sejuk. Huhuhu. Lastly, akak tu cakap kena tunggu bas pkol 10. Erm, redha je lah kan. Na wat mcm mne. Kalo marah2 pon bukannye dapat selesaikan masalah bahkan boleh serabutkan lagi keadaan. bas pun tiba pada jangka masa yg ditetapkan, Alhamdulillah sampai rumah jam 11. SSID terlepas, tgok kt internet :)



Penutup.


Banyak ibrah yg zul perolehi dan mcm2 bende yg Allah dah tunjuk kat kami. At least kami tak jalan2 macam tu je kan. Betapa pentingnya Sabar itu dalam diri manusia. Ujian dan musibah dari Allah memang kita tak boleh nak mintak dan tak boleh nak tolak. Bila datang ujian itu, kita tempuhi dengan sabar dan kuat. Allah takkan uji melainkan apa yang mampu buat hambaNya kan. Bila kita susah, berdoalah kepadaNya dan bila kita senang, jangan sekali-kali kita lupa dan ucapkanlah Alhamdulillah atas nikmat yg telah kita kecapi. Ape yg penting, zul dapat luangkan masa bersama buddy a.k.a bff a.ka sahabat till jannah. Itu yg dapat membahagiakan diri ini. Harap lain kali kita boleh lepaking dan jalan2 lagi ye.


-----> Langkawi soon yeaa :)


LAMPIRAN:

Muslimah gokart



This is us




Sape yg bawak tu?




London Bus




kabus




harga




Budak2 comel.. Pika pika




Masjid Wilayah Kl




Hasil tangkapan